Ahad,26 Oktober 2014

Info Grafik

Foto Banjir
Foto Banjir
Foto Banjir

Foto Pilihan

Foto Menarik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyambut salam orang ramai sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Tumpat, Kelantan. FOTO Zaman Huri Isa

Foto Menarik

HUJAN berpanjangan sejak beberapa hari lalu menyebabkan Jalan Bantayan Minintod menghubungkan Penampang ke Inanam, Kota Kinabalu terputus hubungan. FOTO Izhari Ariffin

Foto Menarik

AKSI bergaya Baddrol Bakhtiar cuba melepasi hadangan pemain Kelantan, Hussein Alaa Magsoosi pada saingan Piala Malaysia, di Stadium Darulaman. Kedah ke separuh akhir dengan agregat 4-3. FOTO Amran Hamid

Foto Menarik

PEMAIN FELDA United, Zah Rahan Krangar (tengah) cuba melepasi dua tonggak Selangor bagi saingan Piala Malaysia, di Stadium Temerloh. FELDA United ke separuh akhir dengan agregat 7-3. Pix Luqman Hakim Zubir

Foto Menarik

PENGANTIN baru, Syaidatul Liza Abdol Rahman, 28 dan Mohd Shafiq Ahmad Miski, 28, tidak melepaskan peluang menyaksikan pembentangan siaran langsung Bajet 2015 selepas selesai majlis akad nikah mereka, di Taman Koperasi, Batu Pahat. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Nor

Foto Menarik

PENIAGA di Kuching, Azah Nurazurin Aziz, 24 (kiri) dan rakanya, Nur Adira Yusuf, 21, meluangkan masa sambil menunggu pelanggan menonton siaran langsung Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. FOTO Nadim Bokhari

  • Foto Menarik
  • Foto Menarik
  • Foto Menarik
  • Foto Menarik
  • Foto Menarik
  • Foto Menarik

Setempat

Global

    Arena

      Selebriti

        Foto Global

        Foto Global

        RAKYAT Palestin melempar batu ke arah anggota keselamatan Israel sebagai bantahan pencerobohan dan penempatan haram Yahudi di Qadomem, Kampung Kofr Qadom dekat bandar Nablus di Tebing Barat. FOTO EPA

        Foto Global

        SEORANG artis grafiti meraikan ulang tahun ke-25 runtuhnya Tembok Berlin dengan menghasilkan mural di Calcutta, India. Mural grafiti itu dihasilkan pelukis Jerman Zebster dan rakannya dari India Dizy sebagai sebahagian daripada projek kebudayaan Indo-Jerman yang diraikan selama tiga hari pada 10 hingga 12 Oktober 2014. FOTO EPA

        Foto Global

        PENGUNJUNG bergambar di tarikan terbaru Menara Eiffel di Paris, Perancis iaitu lantai yang diperbuat daripada kaca. FOTO AFP

        Foto Global

        KABEL telefon ditandakan dengan cecair khas yang dapat dikesan dengan cahaya ultra ungu di dalam syaf kabel di Berlin, Jerman bagi mengatasi masalah kecurian tembaga. Syarikat telekomunikasi menandakan kabel bawah tanahnya yang dipanggil penadaan DNA tiruan yang mana cecair itu akan melekat pada manusia yang memegang kabel berkenaan. FOTO EPA

        Foto Global

        PERSEMBAHAN tarian daripada Penari Kebangsaan Sepanyol ketika sesi raptai pertunjukkan ‘Clasicos de hoy’ di Madrid. FOTO Reuters

        Foto Global

        UMMU Sofian Al-Kheassi, 64, membakar roti dekat rumahnya yang musnah di Al-Shaejaeiya, timur Gaza. Keluarga Ummu Sofian terdiri daripada 23 anak dan cucu mendiami khemah dekat sisa runtuhan rumah yang dibedil dalam serangan udara Israel ke atas penduduk Palestin dalam perang 50 hari. FOTO EPA

        • Foto Global
        • Foto Global
        • Foto Global
        • Foto Global
        • Foto Global
        • Foto Global