Jumaat,24 Oktober 2014

Produk Baru: Kamera semi DSLR mudah guna

Rakamkan kemeriahan dan kebahagiaan bersama keluarga atau rakan anda dengan kamera semi DSLR terbaru jenis Pentax Q10 yang pastinya memberikan peluang mengabadikan kenangan me­ngikut kreativiti anda yang tersendiri.

Q10 adalah kamera semi DSLR paling kecil di dunia yang memberikan kemampuan enam lensa dengan ciri teknologi tinggi serta gaya penampilan penuh bergaya.

Kamera ini dibekal dan mempunyai kemampuan merakam video full HD dan dikatakan memiliki kelebihan tahan debu. Ini menjadikan kamera semi DSLR ini sesuai untuk pengguna aktif.

Kamera Pentax Q10 memiliki sensor CMOS dengan resolusi 12.4 megapiksel. Kamera ini juga memiliki maksimum shutter speed hingga 1/20000 sesaat dan ISO 100 - 6400.

Foto


SPESIFIKASI:

Produk: Pentax Q10
Harga: anggaran RM1,800
Mount: PENTAX bayonet Q-mount Sensor: CMOS
Resolusi: 12.4 megapiksel
ISO: AUTO, ISO 100-6400 (1/3 EV steps)
Format Fail: RAW (DNG), JPEG (Exif 2.3), DCF 2.0, JPEG
Kad Memori: SD
Video: MPEG-4 AVC/H.264
Dimensi: 102.0 x 58.0 x 33.5mm
Berat: 200g

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/05
`