Rabu,24 September 2014

Foto



Foto Menarik

ANTARA 184 penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, di Dewan Sri Pinang. Mereka terdiri bekas anggota keselamatan yang bertugas di era darurat dan komunis. FOTO Muhammad Mikail Ong

Foto Menarik

MALAYSIA menang tiga pingat daripada acara skuasy di Sukan Asia 2014. Ratu squasy Datuk Nicol Ann David (kiri) berjaya meraih pingat emas, manakala Low Wee Wern (kanan) menang pingat perak dan Ong Beng Hee pingat gangsa di Yeorumul Squash Court Incheon. FOTO Yazit Razali

Foto Menarik

PEGAWAI polis menjalankan siasatan di lokasi dua lelaki ditembak ketika upacara kematian di Lorong Selamat Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Seorang terbunuh manakala satu lagi parah. FOTO Mohd Kamil Rahim

Foto Menarik

PEMAIN tenis Jepun, Kei Nishikori (kiri) bergambar bersama jurulatihnya Michael Chang pada sesi fotografi sempena Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2014. FOTO Bernama

Foto Menarik

SEAWAL jam 8.00 pagi, Nawi Latif, 63, melepaskan kira-kira 800 itik peliharaannya ke tasik di Kampung Teluk Jering, Pengkalan Kubor. Setiap hari Nawi mengutip sekitar 300 hingga 400 biji telur itik sebelum dijual kepada peraih. FOTO Ghazali Kori

Foto Menarik

KETUA Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid (tengah) menujukkan dadah jenis ganja yang dibungkus dengan kertas pembalut hadiah ketika sidang media di IPK Timur Laut, Pulau Pinang. FOTO Ramdzan Masiam

Foto Menarik

ORANG ramai melihat pameran kereta yang telah diubahsuai di Karnival Autoshow sempena Hari Malaysia 2014 di Dataran Merdeka. FOTO Mohd Khairi Ruslan

Foto Menarik

#bolatime PEMAIN Malaysia, Joseph Kalang Tie menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan persahabatan menetang Kemboja di Stadium Shah Alam. Skuad Harimau Malaya menewaskan Kemboja 4-1. FOTO Osman Adnan

Foto Menarik

KANAK-kanak ini menghabiskan cuti sekolah yang yang sudah hampir ke penghujung dengan mencuba kemahiran menunggang `pocket bike' di Chillfest di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Foto Menarik

KETUA Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim (tiga kiri) menunjukan senjata api yang dirampas daripada kapal layar sepasang kekasih, di Langkawi, pada sidang jedia di IPK Kedah, Jalan Stadium, Alor Setar. FOTO Sharul Hafiz Zam

Foto Menarik

RATU Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David membawa Jalur Gemilang diiringi Kontinjen Malaysia pada Upacara Pembukaan Rasmi Sukan Asia ke-17 di Stadium Utama Asiad, Incheon. FOTO Yazit Razali

Foto Menarik

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berusaha menangkap seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira lima meter yang menelan seekor kambing di Kampung Panchor, Seremban. FOTO JPAM

Foto Menarik

MOHD Souki Mat Husin, 11, seorang kanak-kanak istimewa yang hilang kebolehan berjalan sejak kecil dibantu kakaknya, Nur Zuhaini, 17 sambil diperhati ayahnya, Mat Husin Salleh, 49 menghafal al-quran di Kampung Pangkal Mempelam, Machang. FOTO Zaman Huri Isa

Foto Menarik

PERTANDINGAN menarik rumbia antara aktiviti menarik yang boleh disertai oleh pengunjung yang datang di Pesta Rumbia, Kuala Penyu, Sabah. FOTO Mohd Nazllie Zainul

Foto Menarik

PEMANDANGAN bandar raya Kuching pada jam 11.30 pagi. Jerebu mula melanda beberapa bahagian di Sarawak dengan bacaan tertinggi indeks pencemaran udara (IPU) mencecah 125 iaitu tahap tidak sihat di Kota Samarahan pada jam 10 pagi, 17 September. FOTO Jeakqleyn Yacho