Setempat
-
Pusat sehenti masyarakat di balai bomba
01:24:05 AMKANGAR: Bagi memberi perkhidmatan lebih cekap, kerajaan akan mewujudkan sebuah pusat sehenti di setiap balai bomba dan penyelamat di seluruh negara bagi membantu mangsa membuat permohonan mendapatkan semula dokumen penting seperti kad pengenalan yang musnah dalam kebakaran.
-
Persoal pemilik hotel
00:19:26 AMKuala Lumpur: Dilema kekurangan parkir peniaga Gerai Muhibah di Lorong Raja Bot semakin dirasai apabila sebuah premis dipercayai hotel bakal beroperasi di situ tanpa kemudahan kawasan parkir sendiri.
-
Rujuk pihak berkuasa sebelum bayar atas talian
00:19:26 AMKuala Lumpur: Orang ramai terutama peniaga diingatkan supaya berhati-hati apabila berurusan dengan perniagaan secara atas talian bagi mengelakkan ditipu, sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat bayaran.
-
‘Hantar motor, saya nak tinjau banjir’
00:19:26 AMKuala Lumpur: “Saya dah maklumkan kepada Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusop dan Pengarah Penguatkuasanya, kalau hujan lebat dan berlaku banjir kilat, tolong hantar sebuah motosikal ke rumah sebab saya nak tinjau sendiri apa punca ia berlaku.”
-
Berjaga hingga pagi awasi ular masuk sekolah
00:19:25 AMShah Alam: Seorang lelaki terpaksa berjaga sehingga awal pagi semata-mata untuk memastikan seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter dengan berat 15 kilogram tidak memasuki kawasan sekolah dan kediaman berhampiran selepas panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa tidak berjawab.
-
Ibu baru habis pantang, bayi maut kereta tenggelam
00:19:25 AMKampung Gajah: Seorang ibu yang baru habis berpantang dan bayinya yang berusia dua bulan maut dalam keadaan mengerikan apabila mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam kereta yang tenggelam di kawasan parit berhampiran kilometer 26.5, Jalan Bota Kanan ke Teluk Intan, di sini, petang semalam.
-
Najib ucap tahniah
00:19:24 AMKuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada empat anak FELDA dan dua jurulatih mereka atas kejayaan menawan Gunung Everest semalam.
-
Ditahan bantu siasat kes penemuan janin
00:19:23 AMKota Bharu: Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan bagi membantu siasatan kejadian penemuan janin dalam mangkuk tandas di sebuah asrama persendirian di Jalan Kebun Sultan, dekat sini, Ahad lalu.
-
Tiga beradik sah dijangkiti virus kencing tikus
00:19:23 AMSungai Petani: Tiga daripada lima beradik yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah (HSAH), di sini, sejak Sabtu lalu, disahkan dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.
-
Demi anak
00:19:23 AMKuching: Kasih sayang seorang bapa tiada bandingannya apabila sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan anak lelakinya selepas kediaman milik bapanya yang juga bekas Pengarah Perhutanan Sarawak terbakar dalam kejadian di Taman Star, Jalan Angsana, di sini, pagi semalam.
-
Lori mengundur rempuh surau
00:19:22 AMPasir Gudang: Sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan bercerun tiba-tiba mengundur sebelum melanggar sebuah kereta dan ruang solat terbuka Surau As-Syairan, Taman Rinting, Masai, di sini, semalam.
-
Amuk tak mahu ke hospital
00:19:22 AMSerian: Berang selepas diajak mendapatkan rawatan di hospital, seorang lelaki bertindak mengamuk lalu menikam dirinya menggunakan sebilah pisau hingga mati dalam kejadian di Kampung Seriut, di sini semalam.
-
Lelaki maut keluar kepala nak muntah
00:19:21 AMTeluk Intan: Seorang lelaki maut apabila tindakannya mengeluarkan kepala menerusi tingkap keretanya kerana hendak muntah membawa padah selepas kepalanya terhantuk pada sebatang tiang lampu dalam kejadian di Jalan Woo Saik Hong, di sini, semalam.
-
Nak manja seperti bayi
00:19:21 AMKlang: “Sejak kebelakangan ini arwah berkelakuan manja seperti bayi dan kerap minta tidur bersama saya dan suami. Kami pelik dengan sikapnya itu namun selepas kejadian ini, barulah saya sedar ia permintaan akhir arwah sebelum meninggalkan kami semua,” kata Jamari Md Yunus, 42, bapa kepada Muhammad Fahmi, 18, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 15.4 Lebuh Raya Selat Klang Utara berdekatan Tol Shapadu, Bukit Raja, di sini pagi semalam.
-
Acu pisau sebelum perkosa
00:19:21 AMKuala Lumpur: Diacu pisau di leher sebelum dirogol pekerja mesin rumput. Begitulah nasib menimpa seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dirogol seorang lelaki yang tugasnya memotong rumput di kawasan rumah majikan mangsa di ibu kota, kelmarin.
-
Ugut tetak bapa
00:19:20 AMKuala Lumpur: Teguran seorang bapa ke atas dua anak lelakinya supaya tidak membuat bising di dalam rumah mereka di Setapak, di sini mengundang padah apabila anaknya itu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat selain mengugut akan menetak bapanya itu dengan parang.
-
‘Kami kahwin Jun ini’
00:19:20 AMKuala Lumpur: “Kami akan bernikah pada 7 Jun dan esok malamnya bersanding di sebuah lokasi di Hulu Kelang. Biarpun hari perkahwinan semakin hampir, saya masih sibuk menjalani penggambaran telefilem Bawalah Aku Pulang di sekitar ibu negara yang dijangka tamat pada 29 Mei ini.
-
Zizan rimas gosip cinta silih berganti
00:19:20 AMKuala Lumpur: “Asal saja saya berkawan dengan artis wanita, terus kami dikatakan bercinta. Padahal kami hanya teman biasa saja,” kata Zizan Razak, 29, mengenai hubungannya dengan beberapa artis wanita berwajah Pan-Asian iaitu Juliana Evans, Emma Maembong dan terbaru dengan seorang gadis misteri.
-
Ditumbuk geng gores, menang
00:19:19 AMIpoh: Seorang guru warga Britain bukan saja kerugian RM3,000, tetapi turut ditumbuk di telinga hingga berdarah oleh sekumpulan ahli sindiket gores dan menang di pasar raya Medah Ipoh, petang kelmarin.
-
MCA diminta kaji semula keputusan
00:19:19 AMSintok: MCA diminta mengkaji semula keputusan menolak jawatan Kabinet dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), selepas gagal mencapai prestasi baik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu kerana senario itu dilihat kurang baik dalam konteks negara berbilang kaum.
-
Petanda rugi RM1.5j
00:19:19 AMMelaka: Seorang pemilik kedai peralatan pertukangan tidak menyangka bunyi penggera diterima melalui telefon bimbitnya sebanyak enam kali menjadi petanda dia kerugian kira-kira RM1.5 juta apabila kedainya musnah dalam kebakaran di Jalan Berkat 2, Malim Jaya di sini, kelmarin
-
Ibu tunggal hilang sumber pendapatan
00:19:19 AMBaling: Seorang ibu tunggal mengalami nasib malang apabila rumahnya yang dijadikan kedai runcit dan kedai menjual getah sekerap musnah dalam kebakaran mengakibatkan dia kerugian kira-kira RM80,000 di Kampung Guar Chempedak, Kuala Ketil, dekat sini, semalam.
-
Tutup serta-merta lombong pasir
00:19:18 AMJasin: Kerajaan negeri mengarahkan aktiviti perlombongan pasir di kawasan Solok Ayer Keroh, Kampung Bukit Senggeh dekat sini, ditutup serta-merta atas faktor keselamatan.
-
Enam tertangkap
00:19:18 AMShah Alam: Polis Selangor akhirnya berjaya merungkai kumpulan penjenayah yang terbabit dalam beberapa insiden pecah rumah dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi berikutan tertangkapnya enam individu termasuk seorang wanita dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Andalas, Klang, dekat sini semalam.
-
Lelaki ditemui mati terjun dari tingkat sembilan
00:19:18 AMGeorgetown: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam longkang dengan kesan kecederaan di kepala dan kaki selepas terjun dari tingkat sembilan Blok 1A, Desa Delima Bandar Baru, di sini, kelmarin.
-
Ketakutan jual auta
00:19:18 AMShah Alam: Selepas menyedari dia gagal melunaskan janji kepada 69 individu menjadi ‘perisik’ Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), lelaki yang mengaku ‘pegawai’ KDN sanggup membayar sekali ganda jumlah wang yang diambil daripada semua mangsanya.
-
‘Mahu berkuasa’
00:19:17 AMKuala Lumpur: Kes 69 individu sekitar Kuala Langat yang ditipu seorang lelaki kononnya dijadikan perisik Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berlaku mungkin didorong perasaan mahu kuasa.
-
Azab 7 kali tusukan
00:19:16 AMMuar: Seorang penjual otak-otak yang cedera parah akibat ditikam tujuh kali di beberapa bahagian badan sempat berjalan hampir 20 meter sambil menahan kesakitan sebelum rebah di depan sebuah kedai makan di Jalan Lama di sini, kelmarin.
-
Selesai dalam sebulan
00:19:16 AMPutrajaya: Penyelarasan struktur baru Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang digabungkan berikutan pembentukan Kabinet baru akan dapat dilaksanakan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-
6 muka baru dilantik
00:19:15 AMSeremban: Enam muka baru dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), seorang dipilih semula, tiga penyandang dikekalkan dan tiga lagi EXCO penggal lalu digugurkan.