Khamis,28 Ogos 2014

‘Saya sayang kerusi, bukan lawan BN’

Bau: “Saya bersedia mempertahankan kerusi ini atas permintaan pengundi di Mas Gading,” kata penyandang Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe yang akan bertanding sebagai calon bebas bagi mempertahankan kerusi itu.

Beliau yang menggelarkan dirinya calon mesra Barisan Nasional (BN) mengakui mahu memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk tanpa mahu melawan sesiapa.


“Selepas nama saya digugurkan, saya ada tiga cara saja iaitu mara ke hadapan, berdiam diri atau berpatah balik tetapi saya pilih untuk maju.

“Pilihan saya ini bukan bermaksud ingin menjatuhkan orang lain cuma mahu memastikan nasib pengundi di sini terus terbela.


“Saya tidak pernah melawan kerajaan kerana saya masih orang BN, cuma saya tidak mahu kerusi Mas Gading jatuh kepada pihak luar,” katanya ketika menghadiri perhimpunan penyokongnya di Dewan Suarah di sini, kelmarin.


Perhimpunan yang bermula jam 6 petang itu dihadiri kira-kira 1,200 penyokong setia Tiki yang memakai baju T tertera slogan ‘Kami Sokong Tiki’.

Tiki tiba di perkarangan Dewan Suarah tepat jam 7.30 malam dan berucap kira-kira 15 minit dengan perhimpunan selesai kira-kira jam 8 malam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20
`