Gula-gula dalam cawan

Gula-gula dalam cawan



Begitu jugalah dengan penyediaan hantaran pemanis mulut dengan bakal pengantin zaman ini memilih coklat ataupun gula-gula sebagai bahan utamanya.


Bagi pemilik Fiq Beauty Centre, Farah Abdullah, sungguhpun gubahan yang disediakan amat ringkas tetapi ia tetap memainkan peranan penting untuk halwa mata penerimanya.


"Hantaran perkahwinan bukanlah suatu bahan menunjuk-nunjuk, sebaliknya ia adalah pemberian ikhlas daripada kedua-dua pihak yang melangsungkan perkahwinan.


"Biarlah pemberian itu dihargai sebaik mungkin walaupun bahan digunakan tidak berjenama mahal," katanya ketika ditemui di kedainya di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Farah berkata, hasil usaha yang dilakukan itu pastinya akan dihargai kerana ia berteraskan usaha serta kreativiti sendiri walaupun bukan pakar profesional yang menghasilkannya.


"Jangan takut untuk mencuba kerana sesiapa saja boleh melakukannya sekiranya ada kemahuan. Cantik ataupun tidak gubahan berkenaan usah dihiraukan kerana paling penting kepuasan dalam melakukannya.


"Gunakan daya kreativiti sendiri untuk mencipta gubahan diingini tanpa perlu bergantung kepada kerja profesional kerana ia bukan saja berbaloi, malah boleh mengurangkan kos perbelanjaan yang ditanggung pengantin," katanya.


Selain itu, gubahan yang dibuat juga perlulah bergantung pada bajet yang diperuntukkan bakal pengantin dan sebolehnya jangan melebihi had yang ditetapkan untuk kesenangan bersama.


Di samping itu, ikuti langkah mudah menyediakan gubahan hantaran gula-gula atau pemanis mulut yang dikendalikan Farah.

Terima kasih:
Fiq Beauty Centre, Farah (03-41436951)
Alamat - Jalan Rampai Niaga 2, Rampai Business Park, Setapak, Kuala Lumpur