Mutakhir

Kerjasama Maxis, KDU UC

Petaling Jaya: Pelajar Kolej Universiti KDU (KDU UC) kini berpeluang memperoleh biasiswa, latihan amali serta mempelajari kemahiran keusahawanan menerusi kerjasama institusi pengajian tinggi itu dengan Maxis Berhad (Maxis).

Naib Canselor KDU UC, Profesor Dr Khong Yong Loong berkata, kerjasama itu membolehkan pelajar institusi berkenaan mendaftar untuk Program Keusahawanan Maxis bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam pengurusan perniagaan.


“Pelajar dikehendaki mengendali sebuah ejen kecil di bawah Maxis dan mereka akan dinilai berdasarkan idea, kreativiti serta perancangan dalam memperoleh pendapatan untuk perniagaan berkenaan,” katanya di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KDU UC dan Maxis di sini, semalam.

MoU itu ditandatangani Khong manakala Maxis diwakili Ketua Jualan dan Perkhidmatan Maxis Tan Lay Han sambil disaksikan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Operasi Kampus KDU UC Melvin Beh Chin Kwong.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/18