Sabtu,23 Ogos 2014

MAS tawar diskaun 72%

Malaysia Airlines System (MAS) melancarkan jualan seluruh negara yang menawarkan diskaun hingga 72 peratus bagi tambang dalam Malaysia dan dari Malaysia ke destinasi di Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Selatan, Australia, Amerika Utara dan Eropah.

Diskaun itu sah mulai 6 Mei hingga 24 Mei bagi tempoh perjalanan di antara 8 Mei dan 3 November 2013. Diskaun itu ditawarkan berikutan sambutan hangat kepada kempen promosi pilihan raya umum syarikat itu baru-baru ini. Naib Presiden Kanan MAS bagi Wilayah Malaysia dan ASEAN Muzammil Mohamad berkata, sebagai pengiktirafan bagi sambutan hebat daripada pelanggannya, MAS berbesar hati mengumumkan tawaran bagi destinasi domestik dan antarabangsa dari Malaysia serta tawaran hebat bagi perjalanan kelas perniagaan. Beliau berkata, ini termasuk diskaun 50 peratus bagi kelas perniagaan dalam penerbangan A380 dari Kuala Lumpur ke Hong Kong, bermula dari serendah RM1,999 pergi balik. “Dalam negara, dengan tambang kelas ekonomi pergi balik termasuk semua bermula dari serendah RM300,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07
`