Jumaat,25 Julai 2014

Membersih, melindungi

Oleh Nor Faizah Mohamed

Seronok kala melihat keadaan rumah bersih dan tersusun. Selepas penat seharian mengemas rumah, ia kepuasan yang tidak tergambar apabila tiada lagi kesan habuk di jendela dan lantai cantik berkilat selepas dimop.

Cuma satu masalahnya iaitu kaki dan tangan rasa perit atau tidak selesa terutama selepas menggunakan produk pembersihan yang mungkin mengandungi kandungan bahan kimia tinggi hingga memberi kesan kepada kulit sensitif.

Di sinilah bermulanya dilema dalam kalangan wanita. Jika membeli produk yang kurang kandungan kimia, lantai seakan kurang bersih dan tidak berkilat seperti yang diingini.

Tetapi apabila menggunakan produk berkepekatan tinggi, kulit dan tubuh pula jadi mangsanya. Menyedari hakikat ini, bekas pensyarah pengurusan perniagaan, Lee Teck Meng memperkenalkan rumusan bahan pencuci lantai Kleenso 9 Dalam 1 yang bukan saja membersih malah antibakteria, mengurangkan serangga dan memelihara kulit kaki.


Semuanya bermula apabila Lee mencari produk pembersihan rumah yang sesuai untuk menggerakkan perniagaannya. Namun selepas melakukan kajian ke atas produk yang ada di pasaran, selain kaji selidik pengguna, dia mendapati hampir tiada bahan pencuci yang membersih dan melindungi pada harga berpatutan.


“Ada beberapa produk pembersihan di pasaran yang memberikan semua ciri itu tapi harganya pula agak tinggi tapi sedikit kandungannya. Dari situ saya mula mengkaji dan mendalami keperluan pengguna hingga akhirnya mencipta pencuci lantai ini.

“Perkara paling utama yang saya titik beratkan ialah kesannya pada alam sekitar. Setiap produk saya perlu mesra alam dan ada beberapa yang boleh biodegradasi.

“Kedua, produk pencuci lantai ini perlu menjalankan tugasnya iaitu membersih dengan baik tapi tidak boleh mengandungi bahan kimia keterlaluan kerana ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada tubuh.

“Justeru, losen ditambah dalam pencuci lantai ini agar dapat melindungi kulit kaki daripada kering dan merekah. Selain itu, bahan cecair lilin digunakan dalam jumlah minimum bagi mengelakkan lantai terlalu melekit dan licin hingga menyukarkan pergerakan,” katanya.

Tambah Lee, satu penutup atau anggaran 30 mililiter sudah memadai bagi memastikan lantai sentiasa bersih dan berkilat. Penambahan minyak tree tea pula membantu mengelakkan kemunculan serangga, selain sifatnya yang antibakteria.

Hadir dalam dua variasi, pencuci lantai inovasi ini boleh didapati di pasar raya terpilih sekitar Lembah Klang, selain cawangan Mr DIY dan kedai perkakasan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11
`