Isnin,22 September 2014

Mesra pengguna

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob), pengedar kurma terkemuka negara merancang membuka beberapa lagi cawangannya di sekitar Lembah Klang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perancangan itu dibuat selepas meraikan pembukaan cawangannya yang pertamanya di luar Pulau Pinang, di PJU 5 Kota Damansara, Petaling Jaya pada 2 Mei lalu.


Pengarah Urusannya, Datuk Yusuf Taiyoob berkata, cawangan berkenaan yang ketiga di Malaysia selepas dua cawangan terdahulu iaitu di Georgetown dan Bukit Minyak, Pulau Pinang.

“Cawangan baru ini mempunyai persekitaran selesa dan mesra pengguna selain mempunyai ruang parkir lebih banyak, sekali gus memudahkan pelanggan.


“Premisnya juga berhawa dingin serta mempunyai ruang khas bagi kerja memunggah barangan dan kami akan memasarkan produk dengan jenama baru tidak lama lagi,” katanya.


Sementara itu, bagi menyambut kedatangan Ramadan, Yusuf berkata, orang ramai boleh mendapatkan produk Yusuf Taiyoob yang berkualiti dan terbaru di semua rangkaiannya dengan harga borong terendah serta berpatutan.

“Antara produk kami adalah kurma, buah tin, gajus, badam, kekacang, cuka kurma, jus buah Iran, kismis, madu, minyak zaitun, minyak habatus sauda dan makanan sunnah yang lain,” katanya.


Pelanggan atau pemborong yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berkunjung terus di No 18, Jalan Teknologi 3/3A, Surian Industrial Park, Taman Sains Selangor 1, PJU 5 Kota Damansara, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/15

Artikel Lain

`