Jumaat,14 Februari 2014

PMM kekal juara kali ketiga

Melaka: Politeknik Merlimau Melaka (PMM) melakar sejarah tersendiri apabila mengekalkan kejuaraan kali ketiga berturut-turut Kejohanan Ragbi Segamat 10’S Canterbury UiTM 2013 anjuran UiTM Johor di Pusat Sukan UiTM Johor, minggu lalu.

Lebih membanggakan apabila PMM meraih kejuaraan tanpa bolos hingga tamat perlawanan akhir pada kejohanan disertai 28 pasukan IPTA/IPTS seluruh negara. PMM yang turun sebagai juara bertahan cemerlang sejak pusingan awal dan menguasai takhta kumpulan selepas mengalahkan pasukan UniKL MITEC (44-0), UiTM Melaka (36-0) dan UiTM Kelantan (36-0).


Di suku akhir acara cup/plate PMM mengalahkan UniKL MMIT, 12-0 dan menewaskan UiTM Sarawak, 17-0 pada separuh akhir.

PMM menundukkan UiTM Pahang, 27-0 pada perlawanan akhir untuk membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi kejuaraan. Kemenangan itu satu lagi sejarah dan pencapaian terbaik PMM. Hadiah pemenang disampaikan wakil ADUN Kawasan Jementah, Segamat Ali Affindi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/14
`