Jumaat,19 September 2014

Pangkat terakhir

Oleh Mohd Khidir Zakaria

PORT DICKSON: Seorang anggota polis dari Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah van sebelum mangsa dilanggar sebuah kereta, di sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.50 malam di Kilometer 3.5, Jalan Pantai di hadapan Hotel Corus Paradise Resort, di sini, menyebabkan Koperal Shah Rizal Abu Bakar, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada dan badan.

Menurut sumber, mangsa baru saja menamatkan tugas dan menuju ke arah Telok Kemang sebelum bertembung dengan van dari arah bertentangan.

Katanya, akibat pelanggaran itu mangsa tercampak di tengah jalan sebelum dilanggar sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.


Difahamkan, mangsa baru enam bulan bertugas di Port Dickson selepas dinaikkan pangkat dan sebelum ini arwah bertugas di bahagian siasatan jenayah di Pulau Pinang, selama tiga tahun.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/27
`