Selasa,29 Julai 2014

Produk Baru: Dua gajet gempak

Oleh Afiq Hanif

Pengeluar produk komputer terkemuka, HP tampil lagi dengan desktop semua dalam satu (AIO) HP Pavilion 20-b115d yang menjadi antara perkakasan elektronik rumah patut dimasukkan dalam senarai bajet pengguna.

Berlandaskan rekaan kukuh dan kompak, Pavilion 20-b115d tidak melupakan bahan binaan yang menarik serta mantap pada desktop terbabit termasuk gelas tahan calar dan ringan dikemaskan di keseluruhan kerangkanya.

Melalui paparan WLED ‘Non-glare’ NZBD LCD pula, ia memastikan resolusi setinggi 1600 x 900 piksel dengan warna sebenar yang sesuai bagi semua sudut pandangan manakala papan kekuncinya menyerlahkan keselesaan penggunaannya.

Setakat ini, HP Pavilion 20-b115d mempunyai berat kurang daripada 6.4kg dan didatangkan dengan storan cakera keras HDD 500GB.


Pada masa sama, HP turut memiliki komputer notebook HP 1000 yang akan memenuhi keperluan pengguna yang inginkan lebih ciri multimedia untuk kegunaan dalam rumah di samping berkongsi fungsi komputer bersama keluarga.


HP 1000 menawarkan nilai harga kepada pengguna, namun tidak berkompromi dengan prestasi grafik yang diperkasa oleh teknologi terkini Intel HD Graphics dan diperkasa oleh pemproses Intel Pentium 2020M berkelajuan 2.4 GHz.

Dilengkapi oleh skrin bersaiz 14 inci, dengan kerangka pilihan warna gelap, namun HP 1000 memiliki kuasa multimedia dan untuk permainan komputer.

Dibangunkan untuk prestasi dan memiliki memori ringkas iaitu 2 GB DDR3 (1 x 2 GB) yang membolehkan pengguna menggunakan notebook tanpa masalah.


SPESIFIKASI:

Produk: HP 1000
Harga: RM1,299
OS: Windows 8
Pemprosesan: Intel Pentium 2020M 2.4GHz
Set cip: Intel(R) HM70 Express
Memori: 2GB DDR3
Setoran: 500GB HDD
Skrin: 14 inci
Grafik: Intel HD Graphics
Port: 3 x USB 2.0, 1 x HDMI, 1 x VGA, 1 x RJ-45
Dimensi: 34.2 x 23.1 x 3.55sm
Berat: 2.2kg


SPESIFIKASI:

Produk: Pavilion 20-b115d
Harga: RM1,799
Pemprosesan: Intel Pentium(R) G2020 2.9GHz
Set cip: Intel H61
Grafik: Intel HD Graphics
Skrin: 20” diagonal 16:9 WLED Non-glare NZBD LCD (1600 x 900)
Sambungan: 2 x USB 3.0, 3 x USB 2.0, Bluetooth, kad memori 6-dalam-1
Memori: 2GB 1600MHz DDR3
Dimensi:10.12 x 50.65 x 39.99sm
Berat: 6.4kg

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30
`